Punca utama perceraian?

Lama rasanya tidak berkongsi cerita, sedikit sharing dari saya,

Perjumpaan saya dengan Pn Ainon Mohd, pengasas PTS memberi suatu inspirasi berbeza. Pengetahuan dan kemahiran dalam perniagaan memang tidak boleh dinafikan lagi.

Namun menariknya, menurut beliau, melalui kajian yang dilakukan di US mengenai kegagalan dan perceraian rumahtangga, rata-rata lelaki menjawab antara punca utama adalah kerana isteri tidak lagi mahu senyum kepada suami. Lelaki akan merasa gagal dan akhirnya give up kerana sikap isteri yang tidak mahu senyum kerana merasakan apa yang dibuat tidak pernah betul dan dia gagal menyukakan hati si isteri.

Saat mendengar itu, timbul di fikiran saya, mungkin isteri lebih penat dengan tanggungjawab kerja pejabat, rumahtangga dan anak-anak.

Namun, menarik untuk kita fahami sebuah analogi yang diberikan, kita isteri ibarat beg bagasi yang berat yang perlu dibawa ke mana-mana oleh suami. Selagi mereka merasakan beg itu ringan, tidak membebankan mereka akan terus membawa ke mana sahaja. Sehingga pada satu tahap mereka mungkin sudah berasa give up dan terbeban dengan beg tadi, beg itu ditinggalkan.

Dan siapakah yang lebih rugi apabila perceraian berlaku, suami atau isteri?

Senyumlah pada suami biarpun dalam keterpaksaan, kerana lelaki menilai senyuman isteri sebagai level of success mereka dalam membina sebuah keluarga.

Lelaki yang sebegini, cenderung untuk lebih sukses dalam hidup. Dan mereka akan terus berusaha menggembirakan lagi hati anda. Mana tau besok lusa mereka di dapur membantu isteri pula!

Percaya atau tidak, keterpaksaan lama-lama akan bertukar menjadi rutin dan pelik apabila kita tak buat!

Tak caya, boleh tanya pada suami masing-masing?

Selamat hari selasa, jangan lupa senyum ye!

Advertisements