Semalam tiba-tiba dapat idea nak menanam pokok pisang dan pokok betik belakang rumah. Rumah kami teres sahaja, luas belakang rumah tidaklah besar mana. Tapi rasa excited sangat nak tanam dapat tanam 1 batang pun jadilah.
Jadi tanya husband, pokok apa yang haiwan suka, antara banyak-banyak pokok. Jawabnya pisang. Jadi saya pun tersenyum sebab oh memang kena sangatlah dengan hajat saya ni nanti. Dia tanya kenapa nak tanam, awak bukan nak jaga. Dulu! ye tu dulu! memang tak minat pokok-pokok, haiwan-haiwan ni semua.
Sekarang dah berubah, selepas saya baca buku Mudahnya Menjemput Rezeki karya Fathuri Salehuddin.Dalam buku ini ada diajar formula Menjemput Rezeki iaitu
1-1 = 10
Menarik bukan? Bagaimana 1-1 jadi 10 bukan 0? Betul ke matematik dia ni, atau nak kena belajar balik??
Kaedahnya yang sangat mudah difahami dan perinciannya boleh dibaca sendiri di dalam buku tersebut, merata ada jual, MPH pun ada, kalau belum beli…anda memang rugi!
Katanya, memberi pada haiwan adalah yang paling berat sebab haiwan tidak boleh mengucapkan terima kasih, apatah lagi hendak membalas, jadi ini adalah pemberian tanpa syarat.
Dalam satu hadis,Tiada seorang Muslim yg menanam satu tanaman, kemudian dimakan oleh burung, manusia atau binatang ternak, kecuali hal itu bernilai sedekah untuknya. (Riwayat Bukhari)
Berdasarkan hadis di atas mungkin anda semakin paham mengapa saya tiba-tiba nak tanam pokok belakang rumah. Seriously, memang saya tak pasang niat nak jaga pun, maksudnya beli racun haiwan perosak dan sebagainya. Biarlah haiwan perosak nak makan, sebab saya tanam ni pun untuk diorang. Tapi hajat nak bagi baja dan air tu memang ada, walaupun suami saya kata awak bukan nak jaga pun.. sebab memang ada pokok mati atas kelalaian saya dahulu…
In sha Allah kali ni lain dan berbeza.Tiba-tiba dapat idea nak tanam pokok betik jugak, sebab anak perempuan kami suka makan betik, kan senang nak makan petik aje.. ada lebih boleh beri pada jiran-jiran. Again, suami saya cakap awak nak buat apa, awak bukan nak jaga. Hahahaha…. saya harap lepas dia baca ni dia dapat paham apa yang saya nak buat, and bagi saya keizinan tanam pokok belakang rumah kami, atau lebih dasyat lagi dia mungkin terus nak jagakan bagi pihak saya selepas dia paham apa yang saya nak buat. Hehehe.
Dulu saya pelik sangat, kenapa eh pokok pisang jiran sebelah rumah mak dan ayah saya ni setahun berapa kali berbuah. Dia pun jenis tak kisah, siapa nak ambil-ambillah. Kadang-kadang 1 tandan pisang dia sedekah aje dekat orang. Jantung pisang tu pun entah berapa kali setahun, dia memang ada beberapa batang pokok pisang, tapi yang pasti semua subur. Dia pun tak adalah jaga sangat. Kejap-kejap saya balik rumah mak, ada pisang baru dia bagi. Daun pisang dia pun orang ambil buat lepat pisang, bungkus nasi lemak. Tapi yang pelik dia memang tak kisah langsung orang nak ambil, nak guna.
Sampai suatu hari saya query, biasalah programmer memang sifatnya macam ni.. nak query sebab sibuk nak tau nak bagi otak saya paham. Saya tanya, bukan 1 pokok hanya 1 jantung pisang je ke? Kenapa pokok dia ni subur sangat eh? Berbuah kerap. Buahnya pun sedap buat pisang goreng. Saya tertanya-tanya, tapi tiada siapa mampu bagi jawapan yang saya nak.
Geram pun ada. Setiap kali nampak pisang tu saya macam makan baja apa yang subur sangat ni? Selepas baca buku Mudahnya Menjemput Rezeki, saya semakin faham apa ertinya memberi tanpa syarat, formula 1-1=10 bukan 0, dengan memberi pada orang lain, sedikit pun tidak mengurangkan bahagian kita, tapi bertambah lagi.
Begitulah kuasa-Nya. Begitu mudah kita menjemput rezeki melalui sedekah.
By Durruz Azam
durruz! keep posting and sharing. i love it. very inspiring! 🙂
Thanks lisalisut. Im very happy to see u here!
Alhamdulillah, thanks sebab appreciate and suka my writing. Datang lagi tau! Hehe