Aside

Dahulu ketika anak saya kerap demam, salah seorang ibu saudara memberitahu saya supaya letak Surah Yassin di sebelah kepala anak.

Bagi mengelakkan makhluk halus mengganggu anak kecil yang lemah dan demam.Dunia semakin moden, jadi saya buat lebih sikit dari apa yang disuruh. Saya pasang ayat Quran sepanjang malam bagi mengelakkan gangguan makhluk halus.

Saya guna iQuran, siap dengan tafsir. Boleh install pada handphone android anda free aje!

Things to ponder #1

#tips #kids #kiddosByDurruzAzam

Kita sangkakan makan sekeluarga di meja, berjalan 10 tingkat shopping complex bersama, bermain dan bergelak tawa sampai pecah perut adalah quality time yang terbaik bersama keluarga,

Tapi kita lupa, solat berjemaah sekeluarga adalah ‘quality time’ bersama yang TERBAIK dan TERPENTING dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

by Durruz Azam

BAHAYA BAYI JATUH DARI KATIL

Perkara ini tidak boleh diambil mudah, kerana ianya boleh membahayakan bayi itu sendiri, di atas kesan-kesan kecederaan otak atau organ dalaman.

Sebagai langkah berjaga-jaga, tidur bersama anak anda di bawah terutama apabila anak sudah pandai bergolek, merangkak dan bergerak.

Sesetengah bayi mampu bergolek seawal 4 ke 5 bulan, perhatikan anak anda!Melihat anak sudah pandai membuat/menguasai sesuatu yang baharu merupakan kebahagian bagi setiap ibu-bapa, namun keselamatan mereka sangat penting dan tidak boleh diambil mudah.

Sekiranya anak anda terjatuh dari katil, perhatikan tanda-tanda dibawah terutamanya dalam 24 jam pertama.

More info dan gambar contoh boleh dilihat di sini:

http://drsaiful.blogspot.com/2009/11/si-manja-jatuh-katil.html

1. Pengsan selepas terjatuh

2. Darah / cecair jernih keluar dari hidung/telinga selepas terjatuh

3. Muntah

4. Anak tidak aktif seperti biasa

5. Tarik atau sawan

6. Lebam pada bahagian belakang telinga

7. Perubahan fizikal : muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota badan seperti tangan atau kaki

8. Tidak stabil semasa berjalan

Bawalah mereka ke hospital/mendapatkan rawatan pakar kanak-kanak terutamanya bagi pemeriksaan lanjut!

Bolehkah anak saya turun sendiri dari katil dengan selamat?

Jawapannya BOLEH!

Nanti saya kongsikan lagi tekniknya, Selamat Malam!

BEDAK TALKUM UNDANG MAUT?

Semalam saya minta anda HENTIKAN menabur/mencurah bedak sebanyak-banyaknya pada bahagian kemaluan bayi. Sebagai langkah lain,

1. Tukar pampers bayi/anak anda dengan lebih kerap jika mereka memiliki kulit sensitif dan mudah mendapat ruam.

2. Basuh dengan air suam yang bersih, jangan sekadar menggunakan ‘wipes’ sahaja!

3. Gantikan bedak dengan dengan tepung ubi/ tepung jagung /tepung beras.

4. Meletakkan bedak pada tapak tangan dan sapu perlahan-lahan ke bahagian yang terdapat ruam sahaja dengan jari. HENTIKAN menabur bedak terus ke badan bayi anda, bayi anda mungkin juga terdedah kepada pneumonia!Kongsikan dengan rakan-rakan anda, semoga semua mendapat manfaat dari perkongsian ini.

Sedikit perkongsian hari ini, artikel dipetik dari utusan.com.my

PULAU PINANG 17 Feb. – Amaran! Penggunaan bedak talkum boleh mengundang maut atau pelbagai penyakit termasuk kanser ovari.Ini kerana bahan utama bedak talkum mengandungi magnesium silicate hydroxide atau dikenali sebagai talc yang juga ramuan utama dalam bedak bayi, bedak berubat dan bedak wangi untuk tubuh termasuk yang berjenama terkenal.Bahaya di sebalik penggunaan bedak talkum mengandungi talc iaitu bahan beracun yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan paru-paru itu didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini.Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya meletakkan tanda amaran ke atas produk mengandungi talc dan menghentikan pemasaran bedak bayi mengandungi bahan itu.Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, beberapa kajian menemui zarah-zarah talc dalam tumor ovari wanita dan penghidap didapati kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka berbanding wanita sihat.Menurutnya, zarah talc boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari.Tambahnya, penemuan terbaru mendedahkan, wanita yang memakai bedak talkum 40 peratus lebih berisiko menghidap kanser ovari.”Satu kajian dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston membuktikan pemakaian talkum walaupun seminggu sekali menambahkan risiko kanser ovari 36 peratus dan 41 peratus kepada mereka yang memakainya setiap hari.”Kanser ovari diketahui boleh membawa maut. Ia menyerang secara senyap berikutan berkembang secara perlahan-lahan dan apabila dikesan ia sudah sampai peringkat akhir,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.Mengulas lanjut, katanya, penggunaa talkum dipercayai boleh menyerang paru-paru dan sistem pernafasan kerana talc gred industri mengandungi silika dan asbestos.Tambahnya, debu putih halus daripada talc boleh berterbangan dibawa udara dan ia pula boleh disedut bayi atau sesiapa saja yang menghidunya.Jelas beliau, bayi yang menghidu bahan tersebut terdedah kepada masalah laluan udara membengkak lalu menyebabkan pneumonia.”Pengguna dinasihatkan memakai bedak diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras.”Ibu-ibu pula digalak guna minyak sapu, bukannya bedak talkum bagi mengatasi masalah ruam kulit bayi,” ujarnya.Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm#ixzz2jlB6tK7A © Utusan Melayu (M) Bhd

Nappy Rashes

#tips #kidshealth #kidsAndHealthByDurruzAzam

ImageSelamat pagi! Bayi anda dah mandi?

Nappy rashes / ruam lampin pada bayi di bawah 1 tahun memang sesuatu yg tidak dapat dipisahkan.

Jika tidak dijaga dengan baik ia mungkin melarat dan menjadi lebih teruk. Ada yang sampai merah dan melepuh dek kerana ruam lampin.

Kesian bayi-bayi ini, perkara yang sepatutnya sangat menyenangkan iaitu menukar lampin dan bermain air, menjadi suatu trauma buat mereka.

Hal ini bakal saya kupas lagi nanti, namun sebelum tu, pastikan anda tidak menabur bedak di bahagian tersebut. Teknik ini biasa saya lihat orang buat, curah sebanyak-banyak bedak pada bahagian itu.

Kalau anda masih melakukannya, TOLONG HENTIKAN!!. Ianya sangat merbahaya pada bayi perempuan terutamanya sekiranya bedak itu masuk ke dalam rahim mereka.

Masih menggunakan bedak, ada teknik yang lebih mudah dari itu. Bakal saya kongsikan lagi nanti!

Jumpa lagi!

TIPS TIDURKAN BAYI SELSEMA

ImageSelamat pagi!

Tak lena tidur ke semalam? Anak menangis? Selsema dan batuk-batuk?

Hari ini saya nak kongsikan tips bagi membantu anak anda tidur bila mereka selsema, nak-nak dah musim hujan ni kan?

Pakej selsema & batuk datang sekali. Yang tak best tu, kesian tengok anak tak selesa tidur, hidung tersumbat dan sebagainya.

Bila dia tak selesa maka makin keraplah tangisannya bergema, tidur ibu-bapa pun boleh terganggu, mungkin anda bole apply teknik yang bakal saya kongsikan bersama hari ini,

Bagi anak yg masih kecil,

Si Ibu boleh menidurkan anak dalam posisi duduk. Si Ibu tidur dalam keadaan duduk sambil memeluk anak, secara tidak langsung anak juga akan tidur dalam posisi tegak, ini dapat membantu melegakan hidung yang tersumbat. Untuk keselesaan si ibu, bersandarlah pada beberapa bantal, jadi si ibu & anak dapat tidur dengan lebih lena!

Bagi anak yang sudah besar,

Bantu anak-anak tidur dengan mengalas kepala mereka dengan beberapa bantal, dalam keadaan posisi tidur kepala lebih tinggi ini dapat membantu melegakan pernafasan si anak.

Sebagai ibubapa, sentiasalah mendoakan anak-anak kita dikurniakan kesihatan yang baik, kerana kesihatan yang baik adalah satu anugerah dari Nya. In sha Allah.

Selamat mencuba!

#tips #KidsHealth #KidsHealthByDurruzAzam